Saturday, March 20, 2010

free~

..Bismillahirrahmanirrahim..

setinggi-tinggi syukur aku tadahkan buat Maha Mencipta makhluk sekalian alam. yang memberi ruang untuk aku terus bernafas dan insyaAllah terus juga thabat di jalanNya. insya Allah~

sudah lama aku tak meng'update' blog aku nie. dah sebulan lebih. dengan ke'bz'an yang melanda membuatkan aku tak sempat meng'online'kan diri. sepanjang bulan nie, setiap minggu ada sahaja aktiviti or program yang memerlukan aku untuk menghulurkan pengorbanan dan bantuan dari segala segi. alhamdulillah minggu nie minggu rehat untuk semua ajk kolej dahlia. mungkin tak semua, tapi sebahagian barangkali. minggu depan ke'bz'an kembali melanda dengan Karnival Dahlia. :)

niat itu penting. jihad niat ikhlas kerana Allah, insya Allah, Dia tunjukkan jalan.

"..Orang-orang yang berjihad di jalan Kami, pasti akan Kami tunjukkan pada mereka jalan-jalan Kami.." ( Al-Ankabut 29:69 )

yang terpenting dari segalanya adalah jihad nie harus dilakukan demi Allah, bukan untuk memperoleh tanda jasa, pujian dan apalagi keuntungan duniawi.

"..berjihad di (jalan) Allah dengan sebenar-benarnya jihad.." ( Al-Hajj 22:78 )

"..Sesungguhnya orang-orang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad dengan harta dan diri mereka di jalan Allah, hanya mengharapkan rahmat Allah.." (Al-Baqarah 2:218 )

..ya Rahman, cukupkanlah waktu bagiku untuk aku mengingatiMu dan ingatkanlah aku apabila aku lalai dan leka dalam mengingatiMu. kuatkan aku dan sahabat-sahabatku dalam mengharungi ujian dariMu. kurniakan kami kesabaran sebagaimana Engkau kurniakan kesabaran yang tinggi kepada RasulMu yang berdakwah di jalanMu..

amin ya Rabb! :]