Tuesday, March 13, 2012
masa itu hampir tiba
Thursday, March 1, 2012
Tuesday, August 30, 2011
syawal datang..
Monday, August 8, 2011
aku teringat...
kenapa aku tidak melepaskanmu,
walau kau calarkan hatiku,
walau diriku kau tinggal beribu batu,
jawapannya hanya satu..
sebab aku saudara kamu,
pastinya keimanan mendahului kata2 ku,
kerna aku mahu ukhwah ini ke syurga..
dalam redhaNya..
....
ukhwah di mana2 saja kan?
....
bicara hati
terfikir di minda, adakah aku juga dalam hatinya..
tatkala hati rindukan sahabatku,
terfikir di minda, adakah aku juga dalam rinduannya..
tatkala hati terasa berat untuk melangkah pergi,
hati tertanya, adakah dia ingin bersamaku,
tatkala juga aku terfikir,
adakah aku sudah menjadi kebenciannya..
mungkin ya, mungkin tidak..
kalau ya jawapannya..
aku redha..
biar Allah mengatur dunia..
perancangan Allah lebih hebat..
aku hanya mampu berdoa..
yang pasti, dia tetap dalam doaku..
tak pernah lupus dalam ingatan..
takkan dan tak pernah terbit di hati untuk membenci..
jauh sekali untuk menyisih..
ampunkan dosa aku dan sahabatku ya Ghaffar..
aku mohon, moga aku dapat bersamanya di JannahMu..
.amin.
.aku mohon maaf wahai sahabat.
.aku letih.
.aku penat.
....
Thursday, July 14, 2011
hanya itu~
hanya itu yang mampu ku lafazkan
sabar dan terus bersabar..
hanya itu yang mampu aku lakukan
Monday, May 9, 2011
hari lahir

hari-hari

Sunday, April 17, 2011
..sahabat..
Friday, February 4, 2011
salam ukhwah..
saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki untuk segala2nya..apa yang telah saya lakukan kepada anda semua yang terlibat dalam hidup saya secara langsung atau tak langsung..dalam sedar atau tak..aasif jiddan ! mohon kemaafan untuk diri ini..biarlah yang berlalu, teruskan berlalu..let bygone, be bygone..tutup buku lama..bina hidup baru, buka buku baru, isi jiwa baru..saya perlukan anda ! sama2 tunjukkan perubahan..sama2 buat pembaharuan..ape yang penting?? kejesame ! tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi ! :)
Allah ! Aku mohon keampunan dariMu !
Aku mohon sgt !
sgt3!
....
Sunday, January 30, 2011
else~
aku tetap aku..
yang punya harapan..
untuk mencorak masa hadapan..
Friday, January 28, 2011
..leader..
pengorbanan~wahai diri..
kau bukan orang biasa..
pilihan Allah..
untuk berada di jalan ini.
yang telah Allah beri kudrat
untuk pikul amanah..
beban dakwah terpikul di bahumu..
wahai diri..
berjuanglah dengan apa yang ada padamu..
dengan kelebihan yang dikurnia..
usah merasa gentar..
kerna kau bukan seorang..
dia ada..
mereka ada..
yang paling utama
kau punya Allah..
....
Wednesday, December 8, 2010
Tuesday, December 7, 2010
dunia~
kesedihan dan kesulitan
tidak akan pernah hilang
dengan hanya meninggalkannya
tetapi ianya akan menjadi lebih baik
jika kita menerimanya dengan hati yang lapang
jiwa yang tenang
hati yang redha
menganggap kesedihan dan kesulitan
adalah sebahagian dalam episod hidup kita
dengan itu..
kita akan lebih sedar bahawa
hidup ini indah
kita masih perlu bersyukur
walau ditinggalkan makhluk
tetapi Allah itu Hidup
tak pernah lari dari hambaNya
"Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar.."
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Bila Allah cinta kepada sesuatu kaum itu, mereka akan diuji. Barang siap redha menerima ujian. maka redha pula Allah kepadanya dan barang siapa yang murka, maka Allah S.W.T pun turut murka kepadanya.."
( HR Tirmidzi )
.....................
egois
manusia..
tak pernah cukup..
tak pernah cukup dengan dunia..
dunia yang semakin tua
semakin jauh dengan manusia
tetapi manusia?
masih mengejar
belum puas dengan apa yang ada.
apa kalian mahu?
ada yang menderita
ada jiwa yang tak pernah faham
tak mengambil tahu
hati manusia lain
hanya tahu penting diri
ikut ego yang makin tinggi
wahai manusia
manusia tanah jiwa hamba
lihat sekeliling
masih ada manusia
yang inginkan kalian
lihat dia
pujuk dia
belai dia
mungkin dengan kamu
dia mampu bernyawa
masih mahu melihat dunia
sedarlah wahai manusia akan itu
aku mohon..
aku harap..
Sunday, December 5, 2010
..air mata..
air mata pelembut jiwa, bukan?Kajian ilmiah menetapkan bahawa perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.
Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.
Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.
Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.”
Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jenis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.
Menangis faktor penyebab panjangnya usia kaum hawa
Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Para ilmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.
Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti
Hormon berbicara yang dimiliki oleh kaum hawa
Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stress dan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.Ini akan berhujung pada satu kesimpulan bahawa kaum hawa lebih sedikit menjadi Koran akibat kekacauan saraf atau lebih sedikit terjerumus ke dalam jurang kewujudan ubat daripada lelaki.
Air mata yang termahal siapa yang punya?
- Ibu
- Ayah
- Remaja
- Orang yang dizalimi
"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan".
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya".
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh".
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."
Thursday, October 28, 2010
maaf teman..
entah kenapa
waktu ini, saat ini,
aku buntu, keliru, bersalah..
mungkin kerana dunia
tak seperti dulu..
sifar masalah, zero masalah..
aku kini..
punya tanggungjawab..
pilihan Allah sandaran manusia..
Oh Allah,
pimpinlah aku,
tunjukkan aku kebenaranMu..
untukku terus melangkah di jalanMu..
aku redha ketetapanMu..
untukku, untuk dunia,
moga dengan ujian dunia,
dapatku menapak
menuju JannahMu..
oh Allah,
tunjukkan aku jalanMu..
aku mohon, aku harap..
oh manusia,
maaf atas segalanya..
kekhilafan diri ini..
mungkin ku tak sedar..
tolong sedarkan aku wahai manusia..
kerna kita sama sahaja..
makhluk tanah berjiwa hamba..
p/s: entah kenapa
Monday, October 25, 2010
...
..kuatkan kami dengan mehnah daripadaMu..
..kami jua mohon ampun dariMu
..jangan Kau asingkan kami dengan nikmatMu..
..dakaplah kami dalam redhaMu..
..ameen..
mohon doa~
agak lama menyepi daripada menyempatkan diri untuk blog ini. mungkin kerana ketandusan idea dan masa yang tidak mengizinkan membuatkanku tidak menyempatkan diri untuk ini. mohon doa dari sahabat2 untuk paksu saya yang sekarang berada di icu sebab kemalangan. mohon doa juga untuk anak tunggalnya diberi kekuatan untuk teruskan hidup di dunia ini sebagai anak yatim.
moga Allah dengar doa kalian~
syukran jiddan!


