Wednesday, December 8, 2010

Allah..

submission~

Ya Rahman,
Aku lemah..
Bantu aku..
Tolong aku..

Allah..


Tuesday, December 7, 2010

dunia~

...................

kesedihan dan kesulitan


tidak akan pernah hilang

dengan hanya meninggalkannya

tetapi ianya akan menjadi lebih baik

jika kita menerimanya dengan hati yang lapang

jiwa yang tenang

hati yang redha

menganggap kesedihan dan kesulitan

adalah sebahagian dalam episod hidup kita

dengan itu..

kita akan lebih sedar bahawa

hidup ini indah

kita masih perlu bersyukur

walau ditinggalkan makhluk

tetapi Allah itu Hidup

tak pernah lari dari hambaNya

"Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar.."


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

"Bila Allah cinta kepada sesuatu kaum itu, mereka akan diuji. Barang siap redha menerima ujian. maka redha pula Allah kepadanya dan barang siapa yang murka, maka Allah S.W.T pun turut murka kepadanya.."
( HR Tirmidzi )

.....................

egois

egois? jangan sampai makan diri..


manusia..

tak pernah cukup..

tak pernah cukup dengan dunia..

dunia yang semakin tua

semakin jauh dengan manusia

tetapi manusia?

masih mengejar

belum puas dengan apa yang ada.

apa kalian mahu?

ada yang menderita

ada jiwa yang tak pernah faham

tak mengambil tahu

hati manusia lain

hanya tahu penting diri

ikut ego yang makin tinggi

wahai manusia

manusia tanah jiwa hamba

lihat sekeliling

masih ada manusia

yang inginkan kalian

lihat dia

pujuk dia

belai dia

mungkin dengan kamu

dia mampu bernyawa

masih mahu melihat dunia

sedarlah wahai manusia akan itu

aku mohon..

aku harap..

Sunday, December 5, 2010

..air mata..

air mata pelembut jiwa, bukan?

Mengapa Perempuan lebih banyak menangis daripada lelaki?

Kajian ilmiah menetapkan bahawa perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.

Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.

Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.

Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.”

Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jenis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.

Menangis faktor penyebab panjangnya usia kaum hawa

Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Para ilmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.

Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti

Hormon berbicara yang dimiliki oleh kaum hawa

Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stress dan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.Ini akan berhujung pada satu kesimpulan bahawa kaum hawa lebih sedikit menjadi Koran akibat kekacauan saraf atau lebih sedikit terjerumus ke dalam jurang kewujudan ubat daripada lelaki.

Air mata yang termahal siapa yang punya?

  1. Ibu
  2. Ayah
  3. Remaja
  4. Orang yang dizalimi

"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan".

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya".

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh".

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."


Thursday, October 28, 2010

maaf teman..

maaf teman..
entah kenapa
waktu ini, saat ini,
aku buntu, keliru, bersalah..
mungkin kerana dunia
tak seperti dulu..
sifar masalah, zero masalah..

aku kini..
punya tanggungjawab..
pilihan Allah sandaran manusia..

Oh Allah,
pimpinlah aku,
tunjukkan aku kebenaranMu..
untukku terus melangkah di jalanMu..
aku redha ketetapanMu..
untukku, untuk dunia,
moga dengan ujian dunia,
dapatku menapak
menuju JannahMu..

oh Allah,
tunjukkan aku jalanMu..
aku mohon, aku harap..

oh manusia,
maaf atas segalanya..
kekhilafan diri ini..
mungkin ku tak sedar..
tolong sedarkan aku wahai manusia..
kerna kita sama sahaja..
makhluk tanah berjiwa hamba..

p/s: entah kenapa

Monday, October 25, 2010

...

Oh Allah!

..kuatkan kami dengan mehnah daripadaMu..

..kami jua mohon ampun dariMu

..jangan Kau asingkan kami dengan nikmatMu..

..dakaplah kami dalam redhaMu..

..ameen..

mohon doa~

..bismillahirrahmanirrahim..

agak lama menyepi daripada menyempatkan diri untuk blog ini. mungkin kerana ketandusan idea dan masa yang tidak mengizinkan membuatkanku tidak menyempatkan diri untuk ini. mohon doa dari sahabat2 untuk paksu saya yang sekarang berada di icu sebab kemalangan. mohon doa juga untuk anak tunggalnya diberi kekuatan untuk teruskan hidup di dunia ini sebagai anak yatim.

moga Allah dengar doa kalian~

syukran jiddan!

Saturday, October 23, 2010

sanah helwah!


sanah helwah ya dik!
selamat hari lahir yg ke-18!
happy birthday!

.moga cemerlang dunia akhirat.
.moga sentiasa dalam dakapan Ilahi.
.moga Allah redha setiap amalanmu.
.moga berjaya dunia akhirat.


Tuesday, September 28, 2010

tak sabar!

take me home~

hati tak senang
entah mengapa tak ku ketahui
rumah memanggil pulang
hanya itu menjadi solusi



p/s: tak sabar nak balik rumah! huhu

Sunday, September 12, 2010

perempuan itu..

cinta itu indah, right?

" Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah.
Tidak sedikit pun Allah membenarkan mana2 lelaki menyentuh hatinya
kerana Allah mencintainya
Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,
dimana Allah untuk menjaga kita?
Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia
yang lebih banyak mengecewakan kita"

" Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya
meninggalkan cinta seorang lelaki,
bermakna Allah mahu ambil kita kembali
untuk dijagaNya.
Mengapa masih ragu2 wahai sahabat2?

Kekuatan usah ditunggu, tapi harus dicari..

salam lebaran!

.salam eid al-fitr buat semua yang mengenali diri ini.
..salam lebaran untuk ahli keluarga tercinta..
sahabat tersayang
juga sahabat2 RJ
warga SKTS
warga SMKTJ
warga SMKAK
my coursemates
teman2 bloggers
penduduk Dahlia 2.
juga untuk penduduk2 semua kolej di UiTM Perlis.
salam lebaran buat semua.

di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf di atas segala salah dan silap sepanjang kita berukhwah. kemaafan jualah yang ku pinta. Bulan Ramadan adalah bulan tarbiah dan platform untuk kita terus mendekatkan diri kepada Yang Esa. Jangan jadikan bulan Syawal yang mulia ini untuk kita mulakan segala yang Allah larang. Teruskan beribadat dan teruskan mencari redha Ilahi. semoga kita semua mendapat keberkatan dalam segala urusan juga dalam kehidupan seharian.

..Taqabbalallahu minna wa minkum..
'Eid As-Sa'ied Kullu 'Am Wa Antum Bikhair

Wednesday, August 25, 2010

mengapa?


hanya Dia yang tahu


mengapa hati tidak seriang liukan lalang?

mengapa hati tidak secerah awan di langit?

oh Allah, mengapa?

Wednesday, June 16, 2010

sabar wahai diri~


..sabar wahai diri

kerana sabar itu indah

saya redha ujian ini

kerana ujian itu pembersih dosa

senyum saya dari hati

kerana senyum itu pengubat jiwa..

(:

p/s : SAHABAT, doakan saya sihat ya ? huhu


Saturday, May 29, 2010

oh ?

oh speck ku..

..bismillahirrahmanirrahim..

syukur! masih diberi nafas untuk aku hidup dalam dunia nie. syukran ya Rabb!

speck ? speck aku da patah n pecah sikit. terpaksa jugak la bermalam kat kedai 3 hari.adoii! kepala dah mula sakit balik. baru ja nak baik. huhu dah la power agak tinggi. terpaksa pakai speck yang lama, tapi mesti tak lama sebab power speck lama low sikit dari yang latest tu. mata pun da mula berair. selsema pun dah kembali buat lawatan.sabar ja aku nak tunggu. huhu :(


:(

sahabat saya sudah pulang
moga kita ketemu lagi ya!
rindu kamu sgt3!
:(

Thursday, May 27, 2010

puzzle~

hilang satu amat bermakna, kan?

you are like pieces of puzzle
if u loose one
it will never be complete again
just want you to know
that you are one of the pieces
i can't afford to loose
uhibbukilillah sahabat!