Wednesday, December 23, 2009

masalah~

..bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah! syukur segala puji bagi Allah aku panjatkan kerana masih lagi diberi nikmat iman dan Islam saat ini. kala ini. insya Allah buat selamanya~

alhamdulillah..dah selesai pembayaran yuran UiTM aku untuk sem depan kat Bank Islam pagi tadi. aku mintak adik aku temankan aku ke sana. aku drive. suma dah selesai bayar yuran sebanyak rm440.

lepas keluar je dari bank tu, aku nampak sorang penguatkuasa MPK tengah menyaman kereta yang ada depan bank tu. hati nie da risau da. huhu. sampai ja depan kereta, aku nampak sekeping kertas terselit kat wiper tu. alamak! kena saman la pulak. rm30 plak tu. melayang la duit aku. huhu. selesai satu masalah tambah lagi satu masalah lak. masalah yang tak pernah selesai. dugaan betul.

patutla time keluar umah tadi rasa cam tak senag hati je. rupanya nak kena saman. time on de way ke bank tadi, adik aku cakap, "kak, cena kalau adik tak pakai tali pinggang nie.." aku jawab la.. "tak kesian kat kak ka kalau kena bayaq saman.." rupanya memang kena saman sungguh. termakbul apa yang adik aku cakap tu. alamat kena simpan dulu la hasrat nak beli "something". huhu. sedih betul. :(

sampai rumah terus kol ayah. ayah cakap "nak wat macamana, kena bayaq gak la..". pastu mak aku plak kol, lpas gtau pasal saman tu, mak aku terus gelak. ada ka patut. sian anak mak nie. huhu. cena pun kena bayaq gak kan. memang nasib aku untuk hari ini. hehe. aku terima la seadanya. :)

Thursday, December 17, 2009

tahun baru 1431 H~


..bismillahirrahmanirrahim..

segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi yang memberi nafas utk diri ini berjuang di bumi Allah ini..syukur !~


pada saat ini.waktu ini. sudah tiba tahun baru Hijrah. tahun-tahun yang lepas hanya tinggal kenangan. tahun demi tahun sudah berlalu. yang ada hanya masa dan tahun yang akan datang.

apa yang kita lakukan tahun-tahun yang lepas ? adakah memberi kebaikan kepada diri sendiri? keluarga? agama? adakah ia sudah cukup untuk menutup dosa-dosa kita yang lalu?
ah..bagi diri ini terlalu banyak dosa yang dilakukan.

" ya Allah, ampunkanlah dosa hambaMu ini. jauhkanlah segala bisikan syaitan yang direjam.."

tahun baru. perubahan diri yang baru. suasana baru. tahun baru sudah menjelma. aku harus memperbaharui diri. merubah diri ke arah yang lebih baik. memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik daripada tahun yang lepas

~taat kepada Allah~

~taat kepada Rasul~

~taat kepada mak dan ayah~

justeru, marilah kita sama-sama melakukan perubahan. bermula dari kita, keluarga, masyarakat, negara dan seterusnya umat seluruh dunia.

sekiranya kita tekad dan bersungguh-sungguh melakukannya, Insya Allah, Allah akan mengubah nasib kita dan juga nasib umat Islam di bumi Allah ini. kerana janji Allah itu pasti !

"..Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka.."
( Ar-Ra'du : 11 )

"..ya Allah, jadikanlah perubahan ini sesuatu yang memberi manfaat dan kebaikan kepada insan lain. ya Rahman, yang Maha Membolak-balikkan hati ini, Kau tetapkanlah hatiku di atas landasan agama dan ketaatan kepadaMu, Kau tunjukkanlah aku jalan yang mendapat keredhaanMu. ya Rahim, kau jadikanlah aku di kalangan hambaMu yang bersyukur atas segala nikmat pemberianMu.."
..aminn..

..hidup ini untuk bersyukur, syukur pada yang menyakitimu, kerana dia menabahkanmu, syukur pada yang tidak mengendahkanmu, kerana dia mengajarmu berdikari, syukur pada yang menipumu, kerana dia akan meningkatkan pengetahuanmu, dan bersyukur pada yang ikhlas menghulur ukhwah, kerana ia menambah warna hidup kita..

Salam Maal Hijrah 1431 H
..Kullu 'Aam Wa Antum Bikhair..


Friday, December 11, 2009

if Allah's will~

..bismillahirrahmanirrahim..

syukur alhmdulillah aku tadahkan kpd Rabb yang memberi kesempatan utk diri ini terus bernafas di muka bumi ini~

alhamdulillah! setelah sekian lama menunggu untuk meng'online'kan diri di alam maya ini, akhirnya masa mengizinkan aku utk meng'online'kan diri pada malam ini. ini kerana terdapat sedikit masalah teknikal baikpulih TM yang tak dapat dielakkan. :(

alhamdulillah terus aku panjatkan kerana keputusan final exam aku di Uitm menampakkan hasil yang memberangsangkan. dengan result nie juga membuatkan aku utk lebih+ganda usaha aku pada sem yang akan datang :)

syukran jiddan atas doa mak+ayah+family tercinta+sahabat2 uitm+teman2 sebilik+ sahabat2 sekelas+sahabat2 blogger+semua sahabat tercintaku yang mendoakan kejayaan diri ini.

~moga usaha ikhlas kita mendapat redha Ilahi~
..insya Allah..

p/s : buat sahabat2 yang mendapat keputusan yg cemerlang,
mabruk 'alaikum!
buat sahabat yang tidak berjaya
kita teruskan usaha+doa+tawakal
rezeki Allah di mana sahaja..
moga kejayaan milik kita dunia akhirat!
If Allah's will~

Thursday, December 3, 2009

Hanzalah..~

..bismillahirrahmanirrahim..

segala puji bagi Allah yang memberikan aku nikmat sihat, iman dan Islam hingga ke hari ini dan Insya Allah utk selamanya..~

da lama tak post kat blog nie..hari ini nak kongsi satu kisah sahabat Nabi SAW, Hanzalah..kisah yang menyayat hati dan sama-sama mengambil seribu iktibar dan pengajaran dalam memperjuangkan agama yang suci dan diredhai Allah ini iaitu Islam.

..sama-sama renungkan kisah sahabat Nabi ini..

********

"..Salah seorang sahabat serta jurutulis kepada Rasulullah SAW yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru sahaja diakadnikahkan. Oleh itu, Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah caranya Rasulullah meraikan sahabat baginda.

Namun apabila Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau terdengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat tahu tentera Islam mendapat tentangan yang hebat. Keadaan terlalu genting.

Tanpa membuang masa lagi, Hanzalah terus memakai pakaian perang lalu mencapai pakaian perang lalu mencapai pedang. Dia meluru ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.

Berlakulah pertempuran hebat hingga ramai pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah dapat menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut terkorban dalam keadaan sedang sujud.

Satu perkara pelik telah berlaku. Rasulullah SAW telah melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana sabdanya yang bermaksud: "Aku nampak antara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air awan di dalam dulang perak."

Para sahabat tercengang-cengang mendengar perkara ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun. Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai syuhada' menjadikan ia sebagai penghuni syurga tanpa dihisab.."

********

subhanallah!

begitulah kisah seorang sahabat yang dimuliakan Nabi yang sanggup mengorbankan diri untuk agama yang tercinta ini. Bagaimana dengan kita? Mungkin ada di antara kita dan anda yang mempunyai kekuatan sehebat Hanzalah..Diri ini belum tentu dapat menjadi seorang Hanzalah yang sanggup menggadai nyawa demi Islam.

"..ya Allah kurniakanlah aku kekuatan sekuat dan sehebat hambaMu, Hanzalah!.."
amin!
Insya Allah..~

Anas ra berkata, Nabi SAW bersabda, Allah Taala berfirman :
"..Aku telah menyediakan bagi hamba-hambaKu yang beriman dan beramal soleh kenikmatan yang tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga ataupun terlintas dalam hati manusia.."

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda :
"..bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah SWT belaka.."

..wallahu'alam..

Sunday, November 22, 2009

telah ku pilih jalanMu

..bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah ! syukur aku panjatkan utk nikmat iman & Islam utk dulu, kini & selamanya..
insya Allah..

..Telah kupilih jalanMu..
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

..Bantulah aku Tuhan..
Jika rinduku ini bayangan syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

..Tolonglah aku Tuhan..
Untuk mengisi ruang cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku
di jalan ini

..Gagahkan aku Tuhan..
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia sehebat bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

..Dan kumohon Tuhan..

Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
kerana telah ku pilih jalanMu

ya Rahman..
aku lemah dalam ujianMu
kuatkan aku ya Allah
redhakan segala urusanku
mudahkan segalanya
aku mohon petunjukMu
kasih sayangMu
redhaMu
cintaMu
kurniakan aku keluarga & sahabat
yg melabuhkan cinta kepadaMu
agar aku bisa dapat bersama mereka
menuju syurgaMu
amin ya Rabbal Alamin~



Wednesday, November 18, 2009

spm~

..bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah aku panjatkan kpd Rabbku yg mberi peluang utk aku rasai nikmat sihat & masa lapang nie..syukur sgt!~..

hari nie bdk2 f5 da mula spm..apa yg dah diajar oleh cikgu2, ustaz2, ustazah2,teacher2 dan suma2 la yg bergelar guru akan digunakan time spm nie..guna sebaik mungkin, suma pesanan mak ayah, guru2, saudara-mara, sumanya semat kuat di minda dan hati..pergi sekolah dengan iringan doa mak ayah dan guru2..berdoa dan tawakal kpd Allah, moga Allah mudahkan dan redha atas usaha yg dah kita lakukan..

to adikku, nur fazlina
..buat spm nie elok2, buat habis baik, kak doakan moga dik berjaya & dapat keputusan yg cemerlang & gembirakan mak ayah..dik harapan kami ya! :)

to saibah & junior f5 kat smk taman jelutong
..akak doakan semoga berjaya & moga dapat keputusan yg cemerlang seterusnya dapat harumkan nama sekolah & cemerlang utk agama & bangsa..

to all junior f5 kat smk agama kedah
..akak doakan moga berjaya & dapat result cemerlang..harumkan nama sekolah & boleh bawa Islam nie bila dah sambung belajar nanti ya!..

semoga berjaya !~
semoga najah milik anda!~
..insya Allah..

Saturday, November 14, 2009

mathurat ?

..bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah aku panjatkan kpd yang Mencipta langit & bumi, makhluk penghuni alam & seluruh isi dunia, Allah, tiada dua selain-Nya krn beri aku peluang rsa nikmat hidup dlm iman & islam selamanya..insya Allah..

lpas bca mathurat tdi, tingat nak share ngan shbt2 fadhilat bca ma'thurat nie. ma'thurat ? apa tu ? ma'thurat nie adalah himpunan zikir dan doa yang disusun oleh Imam Hassan al-Banna. Beliau menyusun drpd banyak hadis Rasulullah S.A.W. di dalam kitab-kitab sunan yang diamalkan oleh Rasulullah dan kelebihan-kelebihan beramal dengannya lalu menjadikannya bacaan seragam untuk jemaah Ikhwan Muslimin. Rasulullah sentiasa berzikir & berdoa t'utama waktu pagi dan petang.

antara fadhilat baca mathurat nie ialah :

1) terpelihara drpd gangguan syaitan dri pagi smpai ptg & dri ptg smpai pagi.

2) terpelihara drpd bahaya & perkara yg tak diingini.

3) segera mdapat apa yg dicita2nya.

4) dapat pahala spt membaca 1/2 Al-Quran.

5) keperluan dicukupkan oleh Allah

6) layak dpt syafaat pd hari Akhirat.

WALLAHU'ALAM, sumanya bgantung kpd usaha kita yg nak dpt pahala dri-Nya. nak dapat pahala bkn sush pun, insya Allah apa je yg kita wat akn dikira ibadah klu keja tu kita niatkan ikhlas krn Allah Taala, tak btentangan ngan syariat Islam, wat sungguh2 n tak lalaikan ibdh wajib n sunat yg lain.


ma'thurat sughra

nak share jgk sape yg susun ma'thurat nie. Imam Hassan Al-Banna yg susun ma'thurat nie. Beliau adalah reformis, p'dakwah dan pengasas grakan Ikhwanul Muslimin. pada usia 12 thn, beliau dah hafal Al-Quran & sertai kumpulan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi di sekolah. beliau jga sering mghadiri mjlis2 zikir pimpinan al-Ikhwan al-Hasafiyyah. pada usia 23 thn, beliau tubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bndar Ismailiyyah pd Mac 1928. hasil kesungguhan beliau, grakan dakwah beliau mdapat smbutan di Mesir dan setiap pelusuk ngara2 Islam. bimbang dgn pengaruhnya yg semakin kuat, Hasan al-Banna ditembak mati oleh seorang pembunuh lalu mghembuskan nafasnya yg terakhir pd 12 Feb 1949.
..wallahu'alam..

..moga Allah tempatkan beliau bersama para solehin..
aminn~


syukur~

..bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, syukur aku panjatkan kpd Rabb yang masih memberi nafas untuk aku teruskan hidup dulu, kini dan Insya Allah selamanya.

alhamdulillah, aku da selamat smpai umah tepat jam 8.00 mlm semalam walaupun ujan turun mencurah-curah tak benti langsung,smpai jgak..so, skg nie kat umah je la..cuti sem da start da..rsa cam lpas spm lak..tggu nak masuk ujung bln 12 nie lak..sem 2 da aku..cepat btul masa b'lalu..apa yg aku da dapat masa yg lpas? arap suma tu dapat bgi kebaikan utk aku dan org lain..insya Allah :) masa skrang & akan datang? akan guna sebaiknya utk aku,mak ayah, sahabat2, saudara seIslam dgn aku, dan seluruh umat di dunia nie..insya Allah..

to : tmah baek n bdk2 ladang, selamat mnjalani praktikal ya! :)
moga Allah lindung kalian~

Wednesday, November 11, 2009

nak balik!

..bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, syukur aku pnjatkan kpd Al-Khaliq krn masih lagi mberi keizinan utk aku bnafas dalam nikmat iman & Islam dulu, kini & insya Allah selamanya..
alhmdulillah aku da slamat abeskan exam akaun aku tgahari kmaren..last exam akaun last la sumanya..skg tggu masa nak blek umah jer..blek jumaat nie..saje je dok lma kit..nak dok ngan kwn2 g kot blek nti rndu lak..hehe sem dpan lak bru jmpa..
..insya Allah dtg ngan azam yg baru & keadaan yg baru & suasana yg baru..

..moga kita suma sentiasa dlm dakapan Ilahi..
..insya Allah..

Monday, November 2, 2009

ntah la~

..bismillahirrahmanirrahim..

esok exam ctu n lusa mgt lak..ermm byk btol nak kna bca..x larat da nak ngadap buku nie..sbb byk sgt nak kna bca..cuma nak igt2 blek jer..mai cc nie pun sbb nak wat pra register sbjek utk sem dpn..klu x,xlea amek final la ku sem dpn..msa byk g sje je on pe yg ptut..hehe k lah nak blek bilik smbung bca lak..

p/s: doakan ya!

Friday, October 30, 2009

doakan ya!

..bismillahirrahmanirrahim..

musim exam nie wat aku jarang2 la nak on9kan diri ngan blog nie..klu on pun just tgok jer..mls nak update..line pun lmbat jer..paper BEL 120 dgn selamatnya dapat la aku jwb dgn sempurnanya..alhmdulillah..aku da 2 arie lgi nak study utk paper CTU 101 & MGT 162..utk paper nie x der gap nak study byk2..kna struggle dri awal..bca balek pe yg penting yg sememangnya suma bab tu penting..hehe esok roomate aku ain ngan timah jer yg de exam..moga mumtaz ya! sma2 doakan moga kita dapat sma2 sukses utk sem nie..utk suma aku mohon doa ya! moga dpermudahkan..amin3..

p/s:moga sukses ye kwn2!

Saturday, October 10, 2009

Isu Purdah..

Bismillahirrahmanirrahim..
skg nie isu purdah da jdi isu kat mesir..aku tertarik artikel kat blog abg razif..nie artikel die..
''..Sekali lagi hati ini terguris bilamana para ulama dipermainkan.Inilah bahananya jika pekerjaan yang dilakukan langsung tidak berpaksikan iman dan adab.Sikap pembaca pula terlalu cepat menghukum dan memberikan komentar. Saya mendengar khabar daripada beberapa sahabat, sudah ada yang menggunakan laman facebook untuk mengecam dan mengutuk Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Seringkali kita memberikan nasihat dan pesanan kepada akhbar Tanah Melayu yang sering bersekongkol dengan akhbar dunia yang lain agar melakukan penelitian sebaiknya kepada setiap pernyataan yang dikeluarkan.

Berkali-kali kita sebutkan , selepas ini jika berita dan akhbar Melayu mengeluarkan sesuatu pernyataan kontroversi tentang pendapat para ulama maka perkara pertama yang perlu dipasakkan di dalam minda sidang pembaca ialah “ BOLEH DIBACA NAMUN PERCAYA JANGAN”. Kamu tak takutkah dengan hukum Allah taala kerana sering mempermain-mainkan para ulama.
Ingatlah, daging ulama itu beracun.
Jangan bermain-main dengan maruah seorang ulama.Pendapat yang dikeluarkan oleh Syaikhul al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah jelas bertentangan dengan apa yang dikeluarkan oleh akhbar Malaysia.Lain yang diucapkan oleh Syeikh, lain pula yang mereka masukkan ke dalam akhbar milik mereka.Kalau ya pun inginkan akhbar picisan milik kamu terjual laku di pasaran, usahlah lakukan fitnah kepada para ulama sehingga sedemikian rupa.
Apa yang diterangkan oleh IslamOnline dapat menjelaskan segala kekusutan yang berlaku. Saya diminta berkali-kali oleh sahabat-sahabat untuk membahaskan isu ini. Sikap saya yang pertama, tidak mahu terlalu cepat meletakkan hukum kepada ulama yang kita kenali sangat wara’ di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.
Secara jelasnya , Syaikhul Akbar tidaklah melarang @ mengharamkan ( seperti bahasa yang digunakan oleh Akhbar Malaysia) pemakaian niqab secara mutlak. Malah larangan ini hanyalah kepada sekolah dan pusat pengajian yang di dalamnya hanya terdapat wanita sahaja. Ini bermakna, jika terdapat lelaki di dalam kawasan tersebut, maka dibenarkan untuk memakai niqab bagi wanita. Apa yang kita kesalkan, akhbar Malaysia jelas menyebarkan berita yang bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Syaikhul Akbar.
IslamOnline juga menerangkan bahawa, Syaikhul Akbar bukanlah menentang pemakaian Niqab kepada wanita. Malah beliau amat-amat menghormati pandangan wanita yang ingin mengekalkan pemakaian niqab.Namun, apa yang beliau tentang ialah kesalahfahaman yang berlaku dan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Bahasa mudahnya, mengamalkan agama bukan pada tempat yang sepatutnya. Jika sesebuah institusi tersebut ahlinya terdiri daripada golongan wanita semata-mata, apa faedahnya mereka memakai niqab?? Ini yang ingin Syaikhul Akbar terangkan dan bawa kepada masyarakat. Bukannya seperti yang disebarkan oleh akhbar-akhbar picisan yang seolah-olah mengatakan bahawa niqab ingin diharamkan seratus-peratus kepada golongan wanita muslimah.
Manakala isu tohmahan terhadap Syaikhul Akbar yang mengatakan bahawa beliau menghina pelajar wanita tersebut dengan mengatakan bahawa “ Aku lebih mengetahui tentang agama daripada kamu dan orang-orang yang mendidik kamu” jelas merupakan fitnah terhadap Syaikhul Azhar. Perkataan ini langsung tidak diucapkan oleh Syaikhul Akbar. Ini jelas putar belit yang dilakukan oleh akhbar yang memang terkenal suka mencari publisiti murahan dengan melakukan penghinaan terhadap para ulama.Penjelasan lanjut boleh dilihat di IslamOnline.Inilah senario masyarakat sekarang, ulama terlalu dipandang rendah dan hina. Malah dianggap tiada langsung kedudukan disisi mereka. Saya tidak mahu membahaskan isu sama ada niqab ini benar-benar merupakan tuntutan agama atau sekadar adat seperti yang disebutkan oleh Syaikhul Akbar.Ini merupakan permasalahan khilaf dikalangan para ulama.Khilaf di dalam permasalahan ini bukanlah merupakan perkara usul yang boleh membawa kepada kekufuran. Malah ianya cuma khilaf di dalam permasalahan cabang agama. Terlalu dangkal golongan yang ingin melakukan tohmahan kepada Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah hanya kerana beliau mengatakan bahawa niqab ini hanyalah merupakan adat.
Orang zaman sekarang lebih suka percayakan akhbar yang ditulis oleh wartawan yang tidak diketahui peribadinya berbanding mempercayai ulama muktabar.
Saya sangat tertarik dengan penjelasan yang diberikan oleh Fadhilatus Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah bilamana ditanya pandangan beliau berkenaan pendapat Syaikhul Akbar tentang “ Harus Memberikan Infaq Kepada Pembinaan Gereja”. Kata Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah(secara ringkasnya) :
“ Sepanjang pengetahuan saya perkara ini merupakan sepakat daripada para ulama mengatakan bahawa tidak dibenarkan untuk kita memberikan bantuan terhadap pembinaan gereja.Cuma ianya dibenarkan untuk pihak kerajaan memberikan bantuan jika keadaan memerlukan seperti yang berlaku di Gaza setelah peperangan antara Yahudi laknatullah dan tentera Islam.Kerajaan Hamas ketika itu memberikan bantuan kewangan untuk pembinaan gereja yang runtuh akibat peperangan tersebut. Secara jelasnya, saya menyebutkan perkara ini dengan ilmu saya yang sedikit berbanding Syaikhuna al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Mungkin Fadhilatul al-Imam al-Akbar pernah terjumpa pendapat ulama yang mengatakan bahawa dibenarkan untuk memberikan bantuan kepada pembinaan gereja.Manakala saya dengan sedikitnya ilmu pengetahuan yang ada pada saya maka tidak dapat saya memberikan pendapat sepertimana yang diberikan oleh al-Imam al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.”
Nah, inilah sikap sebenar seorang ulama dan sikap seorang pendengar yang tidak cepat menghukum.Malah meletakkan adab yang terlalu tinggi terhadap para ulama.
Moga kita semua dapat mengambil sifat terpuji yang ditunjukkan oleh para ulama kita di dalam memberikan pendapat dan berbeza pendapat.
Saya juga ada menulis tentang hukum memakai niqab pada keluaran yang lalu. Sila lihat :
Wartawan-wartawan akhbar perlu menilai perkara ini dengan teliti.Muslim yang baik bukanlah yang terjatuh ke dalam lubang sebanyak dua kali walau telah diperingatkan berkali-kali..''

**********
Ya Allah, Aku bersaksi kepadaMu, jikalau aku tidak mampu menjadi seorang ulama, maka cukuplah diriku menjadi khadam kepada para ulama, membela mereka daripada ditohmah walau diri ini tergadai.. Moga mereka akan memberikan syafaat kepadaku kelak dengan Rahmat dan InayahMu Ya Rabbal A'lamin...

Rahsia Solat Di Awal Waktu

Bismillahirrahmanirrahim..

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
..Wallahualam..

rinduu..

bismillahirrahmanirrahim..
da lama x bukak blog nie..huhu xsempat..blek raya arie tu pun x smpat..da blek cnie..wireless plak problem..sjg nie bz kit la ngan quiz n test..ujung bulan nie plak da final exam..mmg bz da la..nak belek lama2 blog tggu pas exam la..kat umah..nie pun tgah wireless elok..amek kesempatan post je la.. :)
ilalliqa' suma :)

Saturday, September 5, 2009

post jer..~~

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..syukur aku msih diberikan peluang utk bnafas dalam nikmat iman dan islam hgga ke 15 ramadan nie..moga aku kuat dalam mghadapi dugaan dalam bulan ramadan yang mulia nie.. :) ermm 2 arie nie letih ngan aktiviti koko jer..ptg smalm dri kul 3 smpai 5 de kawad..huhu mmg panas sgt..x larat btul..tpi dkuatkan jgk..nabi pun berperang time puasa..xkan ckit pun kita nak ngeluhkan?sabar je..pgi nie pun ade jgk kawad..kul 8.30 smpai 10.30..nsib baik pgi nie ujan agak lebat n benti..so, x la rsa panas sgt..mgkin panas arie nie da d'ambik panas smlm..hehe pndai2 jer.. 0_o kat bilik sorang2..dtg on9 kat bilik kawan jap..ain ngan timah x der..sbb dorg kawad kul 10.30 smpai 12.30..lmbat ckit dri aku..tggu dorang balik je la..nak wat assgment x der mood g..ntah bila mood nak ader x tawu la..hehe :) k la..cukup dulu stakat nie..ader msa g aku post g yer..salam ramadan utk suma!! :)

illal liqa'..

Saturday, August 29, 2009

boring~

bismillahirrahmanirrahim..

alhmdulillah..arie nie aku masih dkurniakan nikmat sihat dalam iman dan islam.. :) arie nie arie yg agak m'boringkan..huhu ain blek lpas test akaun tdi..timah dri pgi ke ladang..blek kjap bilik n nak blek umah..huhu esok bru nak dtg..xpe la..Allah yg menentukan semuanya.kita HAMBA ikut jer kan.. :) arie nie b'buka ngan ita 'n' han jer..best jgk!

Saturday, August 22, 2009

first Ramadan..test..~~

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah ramadan kembali mjelma utk thun nie..ahlan wasahlan ya Ramadan.. :) aku masih dberi peluang hidup utk ramadan taun nie..utk sebulan nie ak kat kampus jer..x blik kot smpai raya..insya Allah la..tpi rindu lak nak bbuka ka umah..rindu mak masak!!huhu xpe la..ngan kawan2 pun ok jer..tpi arie nie..ak bbuka ngan ain n ita jer..cik timah blik umah..tggal btiga jer..lm nie ak da test math..doakan yer! arap2 lea jawab ngan seboleh2nya..amin3..jom laa..nak study math jap..

assalamualaikum.. :)

Friday, August 14, 2009

quiz!

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..ak masih dberikan kesempatan hidup hgga ke saat ini.. :)arie nie lpas klas BEL tdi de klas math..huhu de quiz lak tu..sush gla..skit pala ak pk jwpan..tpi ak perah otak jgk la smpai dapat jwpan..yg blum tentu btul ke tak..huhu tawakkaltu'alallah..da abes masa abes jgk la soklan & jawapan aku..huh! lega..kul 3 japgi de koko lak..smpai kul 5..dalam pala otak aku nie igt umah jer..tpi ak blek sorang..huhu 'ain x blek..sorang2 la aku..ermm xpela..timah ngan 'ain tman aku smpai pintu pagar uitm..bgus btul! sayang korang!!!!! :) tpi lpas tu dorang nak kuar blie makan nak bkak posa kat luaq..time ak x da la nak wat mcm2..ish..k la..nak siap g koko da..

sayang suma!!
salam..


p/s:timah n 'ain..makan igt aku yer...tata sayang korang!! :)

Thursday, August 13, 2009

Al- Fatihah..~

KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Sumber: Berita Harian

~moga dirohnya ditempatkan dengan org2 yang soleh..amin3!~

Tuesday, August 11, 2009

huhu~

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..smpi skg masih dberikan nikmat sihat dalam iman dan islam..tpi skg nie da trok ngan wabak selsema babi @ H1N1..kat kmpus cnie pun da ramai yg demam n tanda2 pun da ada..negatif @ positif tu wallahua'alam..huhu kat kolej ak nie pun ramai sgt yg kena bwk g UK (unit kesihatan) smpi tak henti2 ambulans mai kolej..huhu da jdi cmtu ramai yg ktadgar2 la..nti uitm kna extend sem..ntah la..ak arap sgt tak la..sma2 la doakan ek..doakan sme utk kesihatan umat suma..~~

wireless!

bismillahirrahmanirrahim..

setelah sekian lama ak nak guna wireless kat lappy nie..smalam bru boleh..pe yg ak buat pun x tau..ntam jer..hehe :) alhmdulillah! mybe sbb ak try guna adapter wireless suha kot..ntah la..pape pun thnks suha! :) gpun mmg sush nak dapat sbb bilik ak aras bwh skali..mmg sush nak dapat line..skg da dapat tpi connectivity very low..huhu xpe la..jnji dapat..kan3..?? :)

Saturday, July 25, 2009

ptptn ku...

Bismillahirrahmanirrahim..

arie nie pegawai2 ptptn nak datang uitm sbb nak semak surat2 tawarn student yg dapat pinjaman ptptn..tmasuk aku..kuar dri bilik kul 7 pgi..g ngan amy n eida..dowang siap tggu aku g..bgus btul..hehe jalan punya jalan..smpai kat depan kolej siswa amy cakap "Allah! setem aku.."pe lagi..kna turun g amek la plak..da la tme nak naik tu pun da semput..tgga punya la tggi..nak kna jalan yg agak jauh nak blek kolej g..sian dia..huhu sabar je la amy..da smpai kat tmpat nak semak tu..tgok n isi la pe yg ptut..tkut nti x la kelam kabut ngan beribu orang student nti..da abeh isi..tggu la..tme ak smpai pgi tu x la ramai sgt..mybe awai g kot..xpe la..de sorang kakak nie mai gtau.."suma msuk Dewan Kuliah 5..!!" pakat serbu dewan tu mcm dewan tu nak lari da..ape la..sabar3!! lepas dgaq taklimat suma..de sorang pegawai lelaki nie jalan2 nak bgi no giliran..ak nie dkira blakang jgak..so no 1139 aku dapat..lpas dapat kbenaran lea kuar..suma pakat kuar g mnx cop la ape la mcm2 g..aku nya nie insyaAllah setel la kot..rsa suma btul da nie..tggu tggu n tggu..smpai la time aku..g la kat depan pegawai lelaki tu..klu g kat pgawai perempuan garang sgt..da la ktaq satu badan dok ctu pun..huhu dia check surat tawaran suma lpas da tpi kat dokumen sokongan da x lpas..dorang bncang sesama dowang.. akhirnya..."dik, doumen dik nie x lea tima gak..kna wat permohonan baru jgk.." aku da agak pun..xpe la..lpas aku tya pe yg patut n ucap tima kasih..aku trus kuar n blek bilik.."dugaan tol arie nie.." kol mak!! mak ckp xpe..mgkin da hikmah tu..nti blek nie kita bncang lain cena nak wat...ak ngan x nak byk pk trus masuk beg suma surat tu..senang! skg aku pk nak blek umah je..sbb uitm da cuti sbb H1N1..so, tggu ain plak esok..tros nak balekkkkkkkk...

~setiap kesusahan pasti ada kemudahan..insya Allah~

Saturday, July 4, 2009

orientasi!

Bismillahirrahmanirrahim..

tme smpai kat uitm nie..yg pling ak mluat skali mggu orientasi la..mggu yg memenatkan!x suka3..tpi orientasi nie la yg mdisiplinkan ak gak..

i) riadah petang

ii) wat pe ntah..x igt..byk ngat dok kat stadium..huhu



p/s : syukran timah bg ak pic nie.. :)

Friday, June 26, 2009

jumpa lagi~~

assalamualaikum..

lma aku x post kat cnie..cdeylaa..esok da nak g u..da nak daftar esok..esok jgak aku kan jadi seorang pelajar blek..hehe da 6 bulan kat umah..smpai msa aku nak pegang buku blek..hehe pasnie klu ak smpat ak post lagi yer..daaaaaaaa~~~jmpa lgi kwn2!misz u alll~~sayang nak tggal blog nie..huhu :(

Wednesday, June 17, 2009

keboringan~~~

assalamualaikum..

duk umah lma2 nie x tawu dah nak wat ape..huhu.. keja umah pun da setel..ak kna jga tok ak yg demam nie..siann tok..huhu :( nseb bek ada cucu die yg baek n rajen nie..hehe :) kak ak pun demam..skg nie mcm2 pnyakit la..ngan cuaca panas..cuaca x menentu jgak..kejap pns kejap ujan..yg byknya panas..sabar je la..mgkin dunia sudah mghmpiri penghujungnya..??? wallahu'alam..hanya DIA yg mgetahui..msuk balek bab 'boring' ak nie..rsa x sabar nak msuk study balek..hehe lma da x pegang pen,pemadam,pensil,pembaris dan seangkatan dengannya..hehe lma da x mnulis...rindu skulll!!!!huh 0_o

Monday, June 8, 2009

wedding day!

assalamualaikum..
3 arie aku g dok umah chi arh coz dua abg die kawen..musim cuti nie femes ngan knuri jer..kenyang sentiasa..hehe :) yela..klu nak wat musim tak cuti..sush coz skul la..keje la..mcm2 keje nak wat..kan3..??

..yazid & sarahanis..

..farizal & khodijah..

..makan makan..

..selamat pengantin baru..

Friday, June 5, 2009

first award!!

assalamualaikum..

first award..???yup..arie nie dapat award dri sahabatmusleem..nie la first award yg aku dapat..hehe teruja la plak..hehe :)




sahabat musleem is de best bl0g!!!

Monday, June 1, 2009

c0ngrats!!

assalamualaikum..

kmarin g tgok adik aku kawad pringkat negeri kedah kat stadium darul aman, alor star..saingan dowg mmg hebat2 gak..tahniah to pasukan kpa skul adik aku c0z dapat johan utk peringkat negeri nie..1st time slama 5 taun g tanding kawad..nie la 1st time dapat johan negeri..b4 nie no 2 jer..huhu 18 smpi 21hb nie g kebangsaan lak kat stadium darul makmur, pahang..wish u luck k!!

..stadium darul aman..



..pemeriksaan pakaian..

..ready nak masuk gelanggang kawad..

..johan peringkat negeri kedah 09..


..sempat lagi posing depan masjid zahir..

Saturday, May 23, 2009

dengar2!~~

assalamualaikum..

arie nie ak nak share ngan kwn2 la lagu unic bru nie..langkah tercipta..bes2!!dgar tau..~~
stu lagi lagu suhaimi [ex-inteam]..lagu kembara ilmu..bgi smangat ka ak nak g smbung blajar..hehe :)

Langkah Tercipta
Album : Langkah Tercipta
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com/

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan
menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar
kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan
langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan...
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu..


Kembara Ilmu
Album : Kias Cinta
Munsyid : Mohd Suhaimi El-Fardie
http://liriknasyid.com/

Kembara ilmu selaut cahaya
Milik Tuhan tiada bertepi
Diselam tak jejak ke dasar
Ditimba tak luak setitis

Kembara misi lembah nurani
Menakung titisan ilmu suluhan budi
Resapan dari akal yang murni
Untuk diuntai mutiara sufi
Menjadi azimat menuju firdausi

Lembah nurani fitrahnya suci
Jangan ditinggal gersang
Jangan dibiar hitam
Gersang nurani kerana tiada ilmu
Hitam nurani kerana dosa bertimbun

Noda di hati melemahkan minda
Kembara sufi terasa sukar
Sesatlah di dalam pelayaran
Hanyut tiada pedoman
Akhirnya karam dalam kegagalan


salam :)

Friday, May 22, 2009

gud luck kwn2!!

assalamualaikum..

arie nie nak ckp sal ape ek..??lma jgk x post kat blog nie..kita ckp sal kwn2 la..ermm..ramai dak kwn2 ak yg g msuk blajar..yg g mtrik dah g 11 mei arie tu g..sma la ngan yg g f6..dftar arie yg sma..to kwn2 ak yg dapat asasi..dah nak kna dftar 23 nie..yg dapat u utk dip nak kna g 27 6 bln depan..lmbat lgi la jgk..lbeyh kurang sebulan lagi..kwn2 ak yg ngah wat preparation utk smbung kat timur tengah tu tke care yer!!gud luck suma..!! :)to kwn2 yg lain p0n gud luck jgk!!mna tempat p0n sma jer..yg penting usaha+doa+tawakal..insya Allah kejayaan milik kita.. :)suma da mkin jauh..huhu~~sme2 nak g kejar cita2..jgn lupakan aku kat cnie yer..doakan ak gak..!!k lah..adik ak yg nyebok nie nak guna komp nie lak..x lea tgok ak sng toi..da sja nak kacau..huh!

sayang suma!! :)
salam :)

Saturday, May 16, 2009

hari guru

assalamualaikum..arie nie hari guru..so, ak nak ucap SELAMAT HARI GURU kat suma ckgu2 ak yg penah ngajar ak dri skolah rendah g smpai la skolah menengah..

SK TAMAN SELASIH~99-03~
+cikgu fazmisyiza
+cikgu rohaizam
+teacher hashimah
+cikgu mazlan
+cikgu mazliyah
+ust. abdullah
+ust. zambri
[suma cikgu2 yg ajar ak dri drjah 1-6]
SMK TAMAN JELUTONG~ 04-07~
+ustazah adibah
+ustazah noritta
+cikgu roshadah
+ustazah rohana
+cikgu khar
+cikgu hamidah
+cikgu safinah
+teacher hasmidar
+teacher syafreeza
+cikgu noraliza
+ustaz rahim
+ustaz faiz
+ustazah norizah
[sma cikgu2 yg ajar ak dri form 1-3]

SMK AGAMA KEDAH~07-08~
+cikgu zakinah
+cikgu sobri
+sir suhaimie
+ustazah fudzla
+cikgu shatri
+teacher zakiroh
+teacher hendon
+ustaz basri
+cikgu asiah
+cikgu rokiah
+ustazah rashidah
+ustazah majdah
+sir jasmi
+teacher istawiya
+cikgu anuar
[cikgu2 yg penah ajar ak time form 4-5]


"jikalau aku dibenarkan memilih manusia selain ibu bapaku untuk sama2 melangkah ke syurga..aku akan memilihmu kerana tanpamu aku tidak mungkin akan melangkah ke sana..semoga hidupmu mendapat keberkatan dan keredhaan dari-Nya"

Monday, May 11, 2009

kawad adik

assalamualaikum..tdi g tgok adik lawan kawad..ak pegi la ikut abg ak dri pgi smpai ptg..adik aku pasukan JPA3..thniah ek dapat JOHAN..ltih tpi b'baloi..nti nak g lawan peringkat negeri kat alor star lak..aihh lagi x baca buku la adik ak nie..dah la taun nie spm..ermm buku jgn lupa tau! jgn dok epi sgt..arap leh sukses cam lam kawad..


siap2


siap sedia

siap sedia utk pemeriksaan pakaian

JOHAN!!

salam :)

Saturday, May 9, 2009

birthday ayah!

Allah selamatkan ayah..Allah selamatkan ayah..Allah selamatkan ayah aku..Allah selamat ayah..

Selamat Hari Lahir ayah!!

yg ke-56

moga panjang umo

moga dimurahkan rezeki slalu

moga bahagia slalu

moga hidup mndapat rahmat-Nya

amin3!!!


sayang ayah!!

Sunday, May 3, 2009

kelantan

assalamualaikum..lma x post..nak tgok blog p0n x..ak bwu alek dri kelantan jer..sje g jalan2..g ngan mak ayah akak n adik ak..pegi nie p0n curi2 masa..mmg sush nak g jalan..adik skul..cuti p0n da klas tmbahan g..besa la..dia spm taun nie..so,sebok2 la skg nie..ermm, msuk tjuk lek..g sna 1 hb g..bwu alek tdi..pnat jgk..abg ak x ikut..klu ikut kna drive keta satu lagi..so,nak jimat abg ak x ikut..tpi xper..dah besa pnjang da..pndai2 jga diri..smpai sna tros g umah abg ipar ak kat melor..sbb nak nginap kat sna..dowg x mau kmi nginap tmpat laen..lgip0n ak x penah smpai umah abg ipar aku tu..time kak ak kawen p0n ak x ikut..hukhuk..dok ostel..so,tpksa la..smpai arie jmaat ptg dah..nak g jalan2 p0n da lteyh..malam tu igt nak g suarasa tpi suma da lteyh..tido je la..arie sbtu bwu g jalan2..kuar awal..kul 9 da kuar dah..g rantau pnjg..tmpat bebas cukai..erm borong sakan la..tggu lagi..hehe mak aku la owg paling aktif mmbeli..biasa la..mak sape2 p0n camtu..kan3?hehe

my family

with kak n adik

my sis n her husband


gambar ats nie time kat pantai bachok


peace!

kat pntai per ntah kat kuala besut

salam :)

Sunday, April 26, 2009

nothing~~

salam suma..tdi ak ngan ainaa g skul lma..tmankan dia amek sijil pmr..pas2 jmpa la skali ckgu2+ustaz+ustazah ak..bes2!!klu g rmy2 lgi bes la..huhu~~xpe la..2 p0n da ok..nak jmpa adik2 kna la tggu abes tme skul..jmpa sowg dua..dowg soh tggu lak..tggu p la..smbil tggu msa nak abes wktu skul..g mlwt asrama yg kta johan 5 bntang pringkat negeri..fuhh!!mmg layak p0n..tme kmi x wat cmtu lak..huhu :( tpi mmg layak sgt2 la..g surau p0n cmtu..mng surau tbaik+ tcantik..teruskan usaha baek tu ya!!:) x sgka lak skul ak yg ak msuk n rasmi dulu da laen da skg..hehe~~tme da pndah skul jr nak g skul..bz..lgip0n skul da jauh..nie dah der msa pgilah..cntek3!!hehe~~da abes wktu skul bdak2 tu ma jmpa kmi..tpi kjap jer..dowg p0n da klas tmbahan..x nak la kaco..pas abes tu kmi p0n balekkkk..that's all 4 today..

assalamualaikum :)

Saturday, April 25, 2009

epi2!!

salam suma..tdi g jmpa kwn2 skul lma..my geng [mira,nadia,ainaa,has n wan]..hehe :) bes sgt!!rndu da lma x jmpa..b4 nie suma pakat cbok..nak jmpa p0n x smpat..skul plak jauh2..nie da jmpa mmg bes!!frenship 4 eva!!rsa cdey bila nak pisah..ntah la bila g leh jmpa pas nie..huhu~~kwn bek ak sowg tu da nak g jauh nti..arap x lupakan kitorg kat cnie erk..hukhuk~~kat c2 jmpa lak ngan shah,liyana[bone] n ezzy..suma rndu!!!jmpa lgi yer kwn2!!


frenz 4 eva!!


has..ainaa..mira

has..mira

ezzy..shah..liyana

Friday, April 24, 2009

wuduk

SEMUA orang hendak cantik. Demi cantik, sekarang orang sanggup bergadai, asalkan cantik. Tidak cukup dengan bedak dan mekap, sanggup mereka mengubah muka dengan pembedahan plastik, asalkan cantik.Kadang-kadang walaupun terseksa mereka tidak peduli, kerana yang penting bagi mereka ialah cantik. Muka kena menawan biar orang memandang, berpaling dan menjeling, yang penting cantik.Apabila hendak cantik, tentu bahagian mukalah menjadi sasarannya, dengan hidung ditinggikan, mulut ditebalkan, tulang rahang dinaikkan, mata dibuat alis, dilentik malah apa saja sanggup diubah selagi dapat diubah, kerana yang penting cantik. Kadangkala kesian juga pada mereka yang hendak cantik tetapi tidak juga cantik-cantik. Selepas dicantikkan muka kemudian menjadi tidak cantik juga.Kenapa? Sebabnya ialah kerana kecantikan bukan sahaja pada muka dan penampilan serta aspek luaran tetapi juga kecantikan dalaman (inner beauty). Kecantikan dalaman sangat jarang diberi keutamaan seperti muka yang tenang bercahaya berpaksi dari hati. Bercahaya bukan sahaja di dunia tetapi berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhirat. Antara tip muka bercahaya yang membekas kepada kehidupan ialah kesan wuduk.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya umatku kelak akan dipanggil di hari kiamat dalam keadaan putih cemerlang kerana kesan daripada air wuduk."
Ini satu jaminan kecantikan yang abadi.

'Inner beauty' yang penulis maksudkan ialah kecantikan hati yang membawa lahirnya peribadi cemerlang seperti nilai integriti seperti ikhlas, jujur, amanah dan sebagainya bermula daripada wuduk. Air wuduk bukan sahaja membersihkan anggota fizikal tetapi membersihkan kotoran batin seperti dosa dan maksiat yang dilakukan. Jangan pandang kecil pada yang bernama pengampunan Allah sebab itulah pintu segala kebaikan dan kebajikan. Cuba lihat ibadat wuduk mendidik bersih hati dan nilai integriti. Wuduk biasanya dilakukan secara sendirian, tidak ada orang melihat seperti juga puasa orang tidak tahu. Boleh saja kalau yang berwuduk itu hendak menipu seperti tidak basuh kaki atau basuh tidak sempurna kerana orang tidak tahu. Kerana itulah wuduk hanya dilakukan orang yang ikhlas sahaja. Orang ikhlaslah yang berseri wajahnya. Mereka yang tidak pernah menghiasi muka dengan mekap wuduk sudah tentu tidak terlatih dengan keikhlasan. Sebenarnya boleh sahaja kalau seseorang itu melakukan solat tanpa wuduk tetapi keikhlasan sahaja yang membuatkan mereka tidak akan menipu. Orang yang jujur akan terpancar pada wajahnaya cahaya keikhlasan. Seseorang yang sentiasa berwuduk sentiasa bersama malaikat.Malaikat sebagaimana yang kita ketahui bersih dan tidak akan berada di tempat kotor. Apabila bersama malaikat bukan sahaja ia akan mendoakan orang yang berwuduk malah sentiasa mendorong dan membisikkan kebaikan. Lagi banyak bisikan kebaikan, lagi terdorong melakukan kebaikan. Bukankah kebaikan itu bermula dengan dorongan.Sebab itulah orang berwuduk terpancar kebersihan dan cahaya dari wajahnya. Selepas kebersihan wajah dengan wuduk, kemudian muka pula berhias dalam batas syarak akan terserlah kecantikan. Kalau harap cantik dengan mekap dan krim pencantik tetapi muka jauh daripada wuduk, itu hanya lakonan dan sandiwara itu yang menyebabkan rumah tangga tidak kekal, tidak ada kesetiaan dan integriti.