Sunday, January 17, 2010

syukran jiddan!

..bismilahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

hari ini, hari kedua aku di rumah dan hari nie jugak aku balik UiTM. just balik cuti hujung minggu. rasa kejap sangat. tak habis lagi nak lepaskan rindu kat family. especillay to my loving mak and ayah. huhu.

minggu nie dah masuk minggu ketiga aku berjihad dgn ilmu kat UiTM. masa panjang lagi nak habis semester 2 nie. macam2 nak kena buat. macam2 dugaan & cabaran gak dapat. ini semua ujian dari Allah untuk hambaNya. harap aku tabah hadapi semua nie.

" ya Allah..kuatkan aku hadapi semua hariMu. bantu aku dalam setiap ujianMu. hanya kepada Engkau aku mohon pertolongan.."

.ameen.

jangan putus berdoa dengan Allah. yakin dengan Allah. Allah pasti tolong. terus bersangka baik dan bersyukur dengan nikmatNya.

alhamdulillah sepanjang perjalanan aku berjihad kat UiTM nie. Alhamdulillah, sepanjang jihadku, banyak urusanku Allah mudahkan. syukur sangat2. Allah kirim seorang sahabat utk dengar masalah aku, ketidakpuasan hati nie, dapat nasihat dari dia. nasihat yang buat aku kuat. syukran jiddan ya Allah!

''ya Allah..Kau sayangilah dia. mudahkan segala urusannya dunia akhirat. redhakanlah perjalanan hidupnya. janganlah Kau bebankan dia dengan beban yang tak mampu untuk dia tanggung. sihatkanlah dia. bahagiakanlah dia dunia akhirat. sesungguhnya aku amat2 sayang dia LILLAH! "

doa.usaha.tawakal.

.doa.

.usaha.

.tawakal.

Sunday, January 3, 2010

2009 sudah berlalu.

..bismillahirrahmanirrahim..

syukur aku panjatkan kpd Al-Khaliq kerana masih memberi kesempatan ruang utk bernafas kpd aku, keluarga dan sahabat2 tercinta di tahun baru ini.

rasanya masih tak terlambat lagi untuk aku ucap Selamat Tahun Baru 2010 M. Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua rakyat Malaysia. aku sedar, bukan saja masa ini terlalu cepat berlalu, malah usiaku makin meningkat dan tidak akan undur kembali. tetap meningkat dan terus meningkat. masa ini juga mengingatkan aku dekatnya mati. mati. mati itu pasti. semua manusia merasai mati.

"Setiap yang berjiwa akan merasai mati. Dan baru pada hari kiamatlah, disempurnakan pahalamu. Barang siapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.." [ Ali 'Imran : 185 ]

banyak kenangan dalam 2009. suka dan duka. biar menjadi memori dalam hidup aku.

aku kenal aku. aku kenal SAHABAT aku. aku sayang mereka sangat2. aku cinta mereka LILLAH.

sekarang aku dah berada di UiTM untuk meneruskan pengajian aku ini. subjek baru. suasana baru dan roomate baru. seorang kakak :). roomate baru yang menggantikan roomate aku yang lama. agak ramah jugak la. tak la wat aku kekok sangat nak beramah mesra dengan dia.hehe jumpa kawan2 yang ditinggalkan agak lama kerana cuti sem. sekarang da jumpa balik. esok dah mula kelas. arap boleh tumpukan sepenuh perhatian dalam kelas. no play2 ya amirah!

aku agak sedih meninggalkan family tercintaku di rumah. cuti sebulan kat rumah. dengan adik aku baru habis SPM. memang best dok ngan dia sbb aku leh mengata kat dia.haha maaf ya dik. memang best pon ngan kamu. hehe :) rindu sama mak ngan ayah. rindu mereka sangat2.