Sunday, January 3, 2010

2009 sudah berlalu.

..bismillahirrahmanirrahim..

syukur aku panjatkan kpd Al-Khaliq kerana masih memberi kesempatan ruang utk bernafas kpd aku, keluarga dan sahabat2 tercinta di tahun baru ini.

rasanya masih tak terlambat lagi untuk aku ucap Selamat Tahun Baru 2010 M. Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua rakyat Malaysia. aku sedar, bukan saja masa ini terlalu cepat berlalu, malah usiaku makin meningkat dan tidak akan undur kembali. tetap meningkat dan terus meningkat. masa ini juga mengingatkan aku dekatnya mati. mati. mati itu pasti. semua manusia merasai mati.

"Setiap yang berjiwa akan merasai mati. Dan baru pada hari kiamatlah, disempurnakan pahalamu. Barang siapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.." [ Ali 'Imran : 185 ]

banyak kenangan dalam 2009. suka dan duka. biar menjadi memori dalam hidup aku.

aku kenal aku. aku kenal SAHABAT aku. aku sayang mereka sangat2. aku cinta mereka LILLAH.

sekarang aku dah berada di UiTM untuk meneruskan pengajian aku ini. subjek baru. suasana baru dan roomate baru. seorang kakak :). roomate baru yang menggantikan roomate aku yang lama. agak ramah jugak la. tak la wat aku kekok sangat nak beramah mesra dengan dia.hehe jumpa kawan2 yang ditinggalkan agak lama kerana cuti sem. sekarang da jumpa balik. esok dah mula kelas. arap boleh tumpukan sepenuh perhatian dalam kelas. no play2 ya amirah!

aku agak sedih meninggalkan family tercintaku di rumah. cuti sebulan kat rumah. dengan adik aku baru habis SPM. memang best dok ngan dia sbb aku leh mengata kat dia.haha maaf ya dik. memang best pon ngan kamu. hehe :) rindu sama mak ngan ayah. rindu mereka sangat2.

No comments:

Post a Comment