Saturday, May 29, 2010

oh ?

oh speck ku..

..bismillahirrahmanirrahim..

syukur! masih diberi nafas untuk aku hidup dalam dunia nie. syukran ya Rabb!

speck ? speck aku da patah n pecah sikit. terpaksa jugak la bermalam kat kedai 3 hari.adoii! kepala dah mula sakit balik. baru ja nak baik. huhu dah la power agak tinggi. terpaksa pakai speck yang lama, tapi mesti tak lama sebab power speck lama low sikit dari yang latest tu. mata pun da mula berair. selsema pun dah kembali buat lawatan.sabar ja aku nak tunggu. huhu :(


:(

sahabat saya sudah pulang
moga kita ketemu lagi ya!
rindu kamu sgt3!
:(

Thursday, May 27, 2010

puzzle~

hilang satu amat bermakna, kan?

you are like pieces of puzzle
if u loose one
it will never be complete again
just want you to know
that you are one of the pieces
i can't afford to loose
uhibbukilillah sahabat!

Tuesday, May 25, 2010

sanah helwah ain!

Nur 'Ain Mardhiah bt Abdul Halim

selamat hari lahir yang ke-19!

moga panjang umur
moga dimurahkan rezeki
moga hidup sentiasa dalam lindungan Allah
moga hidup dalam dakapan Ilahi
moga berjaya dunia dan akhirat
insya Allah!~

terima kasih kerana sudi menjadi kawan dan teman sepanjang kita kenal hampir 7 tahun dan tahun2 yang akan datang. terima kasih jugak sebab sabar dengan kerenah aku dalam kelas, dorm dan sekarang jadi roomate dah setahun n harap akan jadi roomate lagi untuk tahun2 yg akan datang n tak lupa jugak naib pres kolej dahlia 2 :) kita sma2 pegang jawatan. moga dengan berjawatan nie buatkan kita lebih dekat dengan Allah. insya Allah!~

sayang kamu!
:)


Thursday, May 20, 2010

ukhwah itu~

ikatan hati berdasarkan aqidah

saya pernah ditanya oleh seorang senior, apa itu ukhwah ? ukhwah itu ikatan hati berlandaskan aqidah dan keimanan. ia merupakan ikatan Rabbani iaitu ikatan hati di atas dasar ketaatan kepada Allah SWT. ikatan yang mengikat hati-hati mereka dan merupakan jalinan yang mendekatkan mereka kepada Allah SWT. ukhwah juga adalah ikatan keimanan yang paling kukuh.

"sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah" [ hadis riwayat Imam Ahmad]

ukhwah kita sesama manusia. tidak kira umur dan bangsa. terpulang kepada kita bagaimana hendak menjaga ukhwah itu sendiri. sejauh mana pun kita berada ukhwah itu tetap ada. tetap hidup. bukan hanya untuk dapat redha Allah semata-mata tetapi kita ingin membawa bersama saudara kita berpimpin tangan menuju Jannah Allah. dalam bersahabat, kita sayang dia, rindu dia, kerana apa? adakah kerana manusia? adakah kerana hendak mendapat pujian duniawi yang kita punya sahabat baik? untuk apa kita bersahabat? untuk dapat redha Allah, cinta Allah, kalau neraka dia tuju, kita akan memaut tangannya untuk bersama-sama kita menuju Jannah Allah. Syurga Allah.

ukhwah yang terjalin di antara seorang mukmin dengan mukmin yang lain mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah.

sabda Nabi SAW : "sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang soleh, jika sekiranya ia terlupa (lalai) ia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya"

teman setia yang soleh seperti inilah yang dimaksudkan oleh Saidina Umar Al-Khattab yang mengatakan : "Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka, kerana mereka itu perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan".

dalam banyak-banyak kebaikan, salah satunya Allah kurniakan seorang sahabat, yang mana dengan seorang sahabat itu dia mampu menolong kita dalam 1001 kerja dan masalah. Allah kurniakan seorang sahabat untuk ingatkan kita apabila kita lalai dalam kehidupan kita. tegur kita bila diri mulai sombong. tegur kita bila diri mulai angkuh. tegur kita bila diri mulai salah. tegr kita bila diri mulai jahat. dan paling utama tegur kita andai diri lupakan DIA.

" sahabat yang baik, apabila dipandang wajahnya, membawa kita mengingati Allah..mendengar kata-katanya, menambahkan ilmu..melihat gerak-gerinya meninggikan rasa takut kepada Allah..dan bersahabat dengannya bersama-sama berjuang ke jalan Allah"

punya sahabat, susah senang bersama, suka duka bersama, hati tak gembira bila sahabat tak gembira, hati gembira bila sahabat gembira, biar susah senag kita dirasai bersama. doa sentiasa mengalir untuknya tanpa putus. sentiasa mengalir dan terus mengalir..

dapat mesej dari seoarng sahabat :

Kau dan aku,
Kau takkan pernah aku sisih,
Dan aku jangan pernah kau sisih,
Kerna janjiku pada Yang Esa aku pilih,
Kita sama-sama berpimpin tangan ke Syurga,
Kalau neraka kau tuju,
Akan aku terjun ke sana memaut tanganmu,
Agar kau sahabatku,
Bersama-sama aku menggapai redhaNya hingga ke Syurga..
Moga ukhwah ini berada di atas landasan keimanan..

.saya cinta sahabat saya.
.saya sayang sahabat saya.
LILLAH!

Tuesday, May 4, 2010

saya rindu~

..bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah! masih diberi keizinan waktu untuk meng'post' something di blog nie..

saya masih berada di rumah bersama keluarga tercinta. balik rumah rindu kolej.

.saya rindu sahabat saya.

.saya rindu 2 orang roomate saya.

.saya rindu nak solat jemaah dengan roomate.

.saya rindu nak study.

.saya rindu nak baca buku.

.saya rindu nak pergi kelas.

.saya rindu nak jawab kuiz.

.saya rindu nak jawab test.

.saya rindu nak jawab exam.

.saya rindu nak buat assigment.

.saya rindu nak jalan ngan eida pergi kelas.

.saya rindu nak makan dengan 2 orang roomate tercinta.

.saya rindu nak 'gila-gila' dengan 2 orang roomate tersayang.

.saya rindu kawan-kawan saya!.

.semua saya rindu!!.

.sungguh! sangat2 rindu!.

p/s : bila la masa cuti nak habis. tak sabar nak masuk study balik. huhu
jeles dengan sahabat+roomate yang still ngah study nak paper esok
timah : chemistry
ain : mgt
moga najah milik kalian!