ikatan hati berdasarkan aqidah
saya pernah ditanya oleh seorang senior, apa itu ukhwah ? ukhwah itu ikatan hati berlandaskan aqidah dan keimanan. ia merupakan ikatan Rabbani iaitu ikatan hati di atas dasar ketaatan kepada Allah SWT. ikatan yang mengikat hati-hati mereka dan merupakan jalinan yang mendekatkan mereka kepada Allah SWT. ukhwah juga adalah ikatan keimanan yang paling kukuh.
"sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah" [ hadis riwayat Imam Ahmad]
ukhwah kita sesama manusia. tidak kira umur dan bangsa. terpulang kepada kita bagaimana hendak menjaga ukhwah itu sendiri. sejauh mana pun kita berada ukhwah itu tetap ada. tetap hidup. bukan hanya untuk dapat redha Allah semata-mata tetapi kita ingin membawa bersama saudara kita berpimpin tangan menuju Jannah Allah. dalam bersahabat, kita sayang dia, rindu dia, kerana apa? adakah kerana manusia? adakah kerana hendak mendapat pujian duniawi yang kita punya sahabat baik? untuk apa kita bersahabat? untuk dapat redha Allah, cinta Allah, kalau neraka dia tuju, kita akan memaut tangannya untuk bersama-sama kita menuju Jannah Allah. Syurga Allah.
ukhwah yang terjalin di antara seorang mukmin dengan mukmin yang lain mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah.
sabda Nabi SAW : "sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang soleh, jika sekiranya ia terlupa (lalai) ia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya"
teman setia yang soleh seperti inilah yang dimaksudkan oleh Saidina Umar Al-Khattab yang mengatakan : "Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka, kerana mereka itu perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan".
dalam banyak-banyak kebaikan, salah satunya Allah kurniakan seorang sahabat, yang mana dengan seorang sahabat itu dia mampu menolong kita dalam 1001 kerja dan masalah. Allah kurniakan seorang sahabat untuk ingatkan kita apabila kita lalai dalam kehidupan kita. tegur kita bila diri mulai sombong. tegur kita bila diri mulai angkuh. tegur kita bila diri mulai salah. tegr kita bila diri mulai jahat. dan paling utama tegur kita andai diri lupakan DIA.
" sahabat yang baik, apabila dipandang wajahnya, membawa kita mengingati Allah..mendengar kata-katanya, menambahkan ilmu..melihat gerak-gerinya meninggikan rasa takut kepada Allah..dan bersahabat dengannya bersama-sama berjuang ke jalan Allah"
punya sahabat, susah senang bersama, suka duka bersama, hati tak gembira bila sahabat tak gembira, hati gembira bila sahabat gembira, biar susah senag kita dirasai bersama. doa sentiasa mengalir untuknya tanpa putus. sentiasa mengalir dan terus mengalir..
dapat mesej dari seoarng sahabat :
Kau dan aku,
Kau takkan pernah aku sisih,
Dan aku jangan pernah kau sisih,
Kerna janjiku pada Yang Esa aku pilih,
Kita sama-sama berpimpin tangan ke Syurga,
Kalau neraka kau tuju,
Akan aku terjun ke sana memaut tanganmu,
Agar kau sahabatku,
Bersama-sama aku menggapai redhaNya hingga ke Syurga..
Moga ukhwah ini berada di atas landasan keimanan..
.saya cinta sahabat saya.
.saya sayang sahabat saya.
LILLAH!
sapalah sahabat mira tu ya...untung betul...tp klu sahabat tu xfhm erti ukhwah tu,mesti xbest...apapn perjalanan masih jauh...byak lgi sahabat yg akn ditemui...gud luck!!!
ReplyDeletesemoga amirah dapat sahabat yang baik ;)
ReplyDeleteto fatimah Azahra :
ReplyDeletesemoga fatimah dapat sahabat yang baik jugak !
lap u ! :)