Wednesday, February 18, 2009

..::muslimatu ghada::..

alangkah indahnya

jika kita mampu sebaik Khadijah

dapat menguatkan suami

dengan harta dan cinta

untuk meneruskan perjuangan

menegakkan agama Allah


alangkah indahnya

jika kita sepemurah Aisyah

mencari-cari harta walaupun sebiji kurma

untuk disedekahkan di jalan Allah


alangkah indahnya

jika kita seperti Rabiatul Adawiyah

mengintai cinta suci sepi dinihari

aku menyembah bukan mengharap syurga-Mu

tetapi..kerana rindukan kepada-Mu

juga kerana cintaku pada-Mu...


No comments:

Post a Comment