Wednesday, December 23, 2009

masalah~

..bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah! syukur segala puji bagi Allah aku panjatkan kerana masih lagi diberi nikmat iman dan Islam saat ini. kala ini. insya Allah buat selamanya~

alhamdulillah..dah selesai pembayaran yuran UiTM aku untuk sem depan kat Bank Islam pagi tadi. aku mintak adik aku temankan aku ke sana. aku drive. suma dah selesai bayar yuran sebanyak rm440.

lepas keluar je dari bank tu, aku nampak sorang penguatkuasa MPK tengah menyaman kereta yang ada depan bank tu. hati nie da risau da. huhu. sampai ja depan kereta, aku nampak sekeping kertas terselit kat wiper tu. alamak! kena saman la pulak. rm30 plak tu. melayang la duit aku. huhu. selesai satu masalah tambah lagi satu masalah lak. masalah yang tak pernah selesai. dugaan betul.

patutla time keluar umah tadi rasa cam tak senag hati je. rupanya nak kena saman. time on de way ke bank tadi, adik aku cakap, "kak, cena kalau adik tak pakai tali pinggang nie.." aku jawab la.. "tak kesian kat kak ka kalau kena bayaq saman.." rupanya memang kena saman sungguh. termakbul apa yang adik aku cakap tu. alamat kena simpan dulu la hasrat nak beli "something". huhu. sedih betul. :(

sampai rumah terus kol ayah. ayah cakap "nak wat macamana, kena bayaq gak la..". pastu mak aku plak kol, lpas gtau pasal saman tu, mak aku terus gelak. ada ka patut. sian anak mak nie. huhu. cena pun kena bayaq gak kan. memang nasib aku untuk hari ini. hehe. aku terima la seadanya. :)

Thursday, December 17, 2009

tahun baru 1431 H~


..bismillahirrahmanirrahim..

segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi yang memberi nafas utk diri ini berjuang di bumi Allah ini..syukur !~


pada saat ini.waktu ini. sudah tiba tahun baru Hijrah. tahun-tahun yang lepas hanya tinggal kenangan. tahun demi tahun sudah berlalu. yang ada hanya masa dan tahun yang akan datang.

apa yang kita lakukan tahun-tahun yang lepas ? adakah memberi kebaikan kepada diri sendiri? keluarga? agama? adakah ia sudah cukup untuk menutup dosa-dosa kita yang lalu?
ah..bagi diri ini terlalu banyak dosa yang dilakukan.

" ya Allah, ampunkanlah dosa hambaMu ini. jauhkanlah segala bisikan syaitan yang direjam.."

tahun baru. perubahan diri yang baru. suasana baru. tahun baru sudah menjelma. aku harus memperbaharui diri. merubah diri ke arah yang lebih baik. memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik daripada tahun yang lepas

~taat kepada Allah~

~taat kepada Rasul~

~taat kepada mak dan ayah~

justeru, marilah kita sama-sama melakukan perubahan. bermula dari kita, keluarga, masyarakat, negara dan seterusnya umat seluruh dunia.

sekiranya kita tekad dan bersungguh-sungguh melakukannya, Insya Allah, Allah akan mengubah nasib kita dan juga nasib umat Islam di bumi Allah ini. kerana janji Allah itu pasti !

"..Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka.."
( Ar-Ra'du : 11 )

"..ya Allah, jadikanlah perubahan ini sesuatu yang memberi manfaat dan kebaikan kepada insan lain. ya Rahman, yang Maha Membolak-balikkan hati ini, Kau tetapkanlah hatiku di atas landasan agama dan ketaatan kepadaMu, Kau tunjukkanlah aku jalan yang mendapat keredhaanMu. ya Rahim, kau jadikanlah aku di kalangan hambaMu yang bersyukur atas segala nikmat pemberianMu.."
..aminn..

..hidup ini untuk bersyukur, syukur pada yang menyakitimu, kerana dia menabahkanmu, syukur pada yang tidak mengendahkanmu, kerana dia mengajarmu berdikari, syukur pada yang menipumu, kerana dia akan meningkatkan pengetahuanmu, dan bersyukur pada yang ikhlas menghulur ukhwah, kerana ia menambah warna hidup kita..

Salam Maal Hijrah 1431 H
..Kullu 'Aam Wa Antum Bikhair..


Friday, December 11, 2009

if Allah's will~

..bismillahirrahmanirrahim..

syukur alhmdulillah aku tadahkan kpd Rabb yang memberi kesempatan utk diri ini terus bernafas di muka bumi ini~

alhamdulillah! setelah sekian lama menunggu untuk meng'online'kan diri di alam maya ini, akhirnya masa mengizinkan aku utk meng'online'kan diri pada malam ini. ini kerana terdapat sedikit masalah teknikal baikpulih TM yang tak dapat dielakkan. :(

alhamdulillah terus aku panjatkan kerana keputusan final exam aku di Uitm menampakkan hasil yang memberangsangkan. dengan result nie juga membuatkan aku utk lebih+ganda usaha aku pada sem yang akan datang :)

syukran jiddan atas doa mak+ayah+family tercinta+sahabat2 uitm+teman2 sebilik+ sahabat2 sekelas+sahabat2 blogger+semua sahabat tercintaku yang mendoakan kejayaan diri ini.

~moga usaha ikhlas kita mendapat redha Ilahi~
..insya Allah..

p/s : buat sahabat2 yang mendapat keputusan yg cemerlang,
mabruk 'alaikum!
buat sahabat yang tidak berjaya
kita teruskan usaha+doa+tawakal
rezeki Allah di mana sahaja..
moga kejayaan milik kita dunia akhirat!
If Allah's will~

Thursday, December 3, 2009

Hanzalah..~

..bismillahirrahmanirrahim..

segala puji bagi Allah yang memberikan aku nikmat sihat, iman dan Islam hingga ke hari ini dan Insya Allah utk selamanya..~

da lama tak post kat blog nie..hari ini nak kongsi satu kisah sahabat Nabi SAW, Hanzalah..kisah yang menyayat hati dan sama-sama mengambil seribu iktibar dan pengajaran dalam memperjuangkan agama yang suci dan diredhai Allah ini iaitu Islam.

..sama-sama renungkan kisah sahabat Nabi ini..

********

"..Salah seorang sahabat serta jurutulis kepada Rasulullah SAW yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru sahaja diakadnikahkan. Oleh itu, Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah caranya Rasulullah meraikan sahabat baginda.

Namun apabila Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau terdengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat tahu tentera Islam mendapat tentangan yang hebat. Keadaan terlalu genting.

Tanpa membuang masa lagi, Hanzalah terus memakai pakaian perang lalu mencapai pakaian perang lalu mencapai pedang. Dia meluru ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.

Berlakulah pertempuran hebat hingga ramai pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah dapat menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut terkorban dalam keadaan sedang sujud.

Satu perkara pelik telah berlaku. Rasulullah SAW telah melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana sabdanya yang bermaksud: "Aku nampak antara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air awan di dalam dulang perak."

Para sahabat tercengang-cengang mendengar perkara ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun. Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai syuhada' menjadikan ia sebagai penghuni syurga tanpa dihisab.."

********

subhanallah!

begitulah kisah seorang sahabat yang dimuliakan Nabi yang sanggup mengorbankan diri untuk agama yang tercinta ini. Bagaimana dengan kita? Mungkin ada di antara kita dan anda yang mempunyai kekuatan sehebat Hanzalah..Diri ini belum tentu dapat menjadi seorang Hanzalah yang sanggup menggadai nyawa demi Islam.

"..ya Allah kurniakanlah aku kekuatan sekuat dan sehebat hambaMu, Hanzalah!.."
amin!
Insya Allah..~

Anas ra berkata, Nabi SAW bersabda, Allah Taala berfirman :
"..Aku telah menyediakan bagi hamba-hambaKu yang beriman dan beramal soleh kenikmatan yang tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga ataupun terlintas dalam hati manusia.."

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda :
"..bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah SWT belaka.."

..wallahu'alam..